PELUANG PERNIAGAAN BERSAMA NAJLAA
TERMA DAN SYARAT
PENDAFTARAN
• Stokis/ Agen/ Mini Agen/ Dropship hendaklah mendaftar dengan Gee Alma Nusantara melalui HQ
• Yuran pendaftaran Stokis/ Agen/ Mini Agen RM 30, Dropship RM 10
PEMBELIAN STOK DAN DISKAUN:
- Stokis perlu membuat pembelian produk NajLaa BaBy Skincare dengan nilai minimum RM 3000 setiap bulan ( sebelum diskaun 45%), Agen RM 400 setiap bulan (sebelum discount 35%, Mini Agen RM 200 setiap bulan (sebelum discount 25%)
- Semua pesanan stok hanya akan diproses setelah bayaran penuh dibuat.
- Sila sertakan resit bukti pembayaran bersama sama pesanan stok. Pihak syarikat berhak untuk tidak memproses pesanan jika stokis/agen/mini agen gagal memberi bukti pembayaaran.
- Jika stokis/ agen/ mini agen gagal untuk membuat pembelian pada setiap bulan selama 2 bulan berturut turut, anda perlulah mendaftar semula.
- Stokis di beri keistimewaan utk mendaftarkan agen dan mini agen di bawahnya, manakala agen diberi keistimewaan untuk mendaftarkan mini agen di bawahnya.
- Dan agen atau mini agen yang telah didaftar perlulah mengambil produk daripada stokis atau agen yg telah mendaftarkan dia.
- Stokis, Agen, Mini Agen perlulah membuat pembelian setiap 1-2 bulan, untuk mengekalkan Status dan bagi membolehkan ahli dibawah stokis/agen tidak keputusan stock.
AGEN UPGRADE STOKIS
- Telah menjadi agen selama 6 bulan atau lebih
- Mempunyai rekod sales RM 1500 ke atas selama 3 bulan terakhir berturut turut
- Mempunyai sekurang-kurangnya 5 mini agen yang aktif
- Mendapat rekomendasi atau persetujuan daripada stokis
- Lantikkan rasmi agen upgrade stokis dilakukan 3x setahun iaitu pada bulan JUNE dan DISEMBER.
MINI AGEN UPGRADE AGEN
- Telah menjadi mini agen selama 6 bulan dengan rekod sales RM 400 ke atas berturut turut pada 3 bulan terakhir
- Menggantikan satu mini agen atau dropship semula kepada agen
- Mendapat rekomendasi atau persetujuan daripada agen
TANGUNGJAWAP DALAM KUMPULAN
- Stokis/ Agen/ Mini Agen perlulah bertangungjawap terhadap agen/mini agen/ dropship yang telah dilantik, termasuk hal hal demikian:
- – menyediakan stok untuk agen/ mini agen
- – memberi bantuan pembelajaran seperti marketing strategi, panduan produk
- – memberi semangat dan motivasi kepada agen/mini agen/dropship
- – membentuk kumpulan media social seperti wassup group dan lain lain utk komunikasi berterusan, perkongsian ideas, testimoni dan perbincangan
- Setiap ahli hendaklah membantu kumpulan untuk meningkatkan jualan
- Elakkan sebarang salah faham dan sentiasa bekerjasama.
- Berkongsi idea idea yang membangun serta testimoni, tip-tips dan maklumat penting bersama ahli kumpulan
DISIPLIN DAN ETIKA PERNIAGAAN
- Agen/ Mini Agen/ Dropship wajib mendapatkan stock produk dari pemimpin jualan yang mendaftarkan mereka.
- Pemimpin jualan tidak boleh menjual stock kepada ahli Najlaa yang diluar kumpulannya.
- Produk Najlaa dicipta khas untuk jualan lansung dan boleh dipromosikan di farmasi, stor runcit, samada secara lansung atau pihak ketiga.
- Setiap ahli Najlaa hendaklah menjual produk NajLaa Baby Skincare pada harga runcit yang telah ditetapkan. Gagal mematuhi peraturan ini, keahlian anda akan digugurkan
- Ahli Najlaa tidak dibenarkan membuat sebarang dakwaan atau kenyataan tidak berasas berbentuk lisan cetak atau media elektronik untuk mempromosikan produk Najlaa, iaitu hanyalah rangkaian produk penjagaan kulit keluarga seperti dakwaan dapat sembuhkan kanser dan sebagainya, atau kenyataan yang menjatuhkan maruah Najlaa Baby Skincare.
- Anda tidak dibenarkan menjual produk yang dibungkus semula didalam bekas lain, melainkan hanya untuk tester.
- Anda tidak dibenarkan dan tidak dihalalkan , malah haram menjual produk Najlaa samada lebih mahal, atau lebih murah dari harga yang telah ditetapkan HQ. Kesalahan ini adalah serius, menyebabkan keahlian anda dapat ditamatkan serta merta.
MUTUAL UNDERSTANDING
- NajLaa Baby Skincare berhak menggunakan gambar, testimonial dan apa-apa jua maklumat pelanggan ahli Najlaa untuk tujuan promosi.
- Ahli NajLaa diberi kebebasan untuk menggunakan gambar, testimonial, dan maklumat yang terdapat di NajLaa Baby Skincare bagi tujuan promosi mereka.
- Ahli NajLaa hendaklah sentiasa berurusan dengan pelanggan dengan penuh etika bagi menjaga nama baik bersama
- Sekiranya stokis mempunyai kekangan untuk mengambil stock RM 3000 sekaligus, dibenarkan membuat pembelian berasingan 2x RM 1500 pada bulan tersebut
- Sekiranya agen mempunyai masalah dan terpaksa mengambil stock kurang RM 400 atas RM 200, dibolehkan, namun % keuntungan dikira 25% (RM 400-200)
- Sekiranya agen atau mini agen mempunyai masalah dan terpaksa mengambil stock kurang RM 200, dibolehkan namun % keuntungan di kira 10%
- Sekiranya agen, mini agen mengambil stock daripada agen atau stokis yang lain, bukan introducer mereka, % keuntungan untuk stock atas RM 200 di kira 15%, bawah RM 200 dikira 10%.
- Jika dropship/ agen/ mini agen ingin upgrade status, hendaklah upgrade dengan introducer yang sama mendaftarkan mereka.
- Keahlian Ahli NajLaa (stokis/ agen/ mini agen) terbatal jika tidak membuat pembelian stock selama 3 bulan berturut-turut, dan jika kemudiannya masih berminat untuk menjana pendapatan bersama NajLaa, anda perlu lah mendaftar semula.
- Jika berlaku sebarang pelanggaran syarat seperti yang ditetapkan, HQ berhak mengambil tindak
No comments:
Post a Comment